Aktiviti Advokasi – Kuiz Kotak Misteri

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Aktiviti Advokasi dengan Kuiz Kotak Misteri. Objektif aktiviti ini untuk mengukur sejauh mana pemahaman peserta tentang Advokasi yang dikongsikan 2 bulan pertama 2019. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Aktiviti ini diadakan dengan penyediaan 20 soalan yang disimpan dalam 1 kotak tisu yang dinamakan Kotak Misteri. Peserta dibahagi kepada 2 kumpulan dan setiap peserta akan mencabut 1 cabutan dengan kandungan soalan yang perlu dijawab oleh mereka. Sekiranya jawapan betul, peserta akan diberikan manisan berbentuk gula-gula dan ckolat. Sebanyak mana manisan yang dikumpul oleh setiap peserta dikira sebagai pemenang. Walaubagaimana pun, kedua kumpulan mengumpul mata yang sama dan dikira seri. Soalan-soalan Advokasi yang disediakan adalah berkenaan Buli Siber, Oversharing, Sexting dan Pngantunan Dalam Talian.

Apa yang kita harapkan impak dari kelas-kelas Advokasi yang diadakan di Pusat Internet Rantau Panjang ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan bijak. Semoga dengan pendedahan-pendedahan ini dapat digunapakai oleh peserta dengan baik dalam dunia sosial media era ini.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali